1. Apakah kelayakan minima untuk menjadi Pemandu
Pelancong?
- · Tahap minima 6 subjek lulus termasuk Bahasa Malaysia di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- · Calon-calon yang mempunyai Sijil Malaysian Certificate of Education (MCE) sejak tahun 1978 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang Industri Pelancongan. Calon-calon ini perlu ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
- · Sijil, Diploma dan Ijazah yang diperolehi perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
- · Bagi calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan minima seperti di atas, tetapi memiliki pengalaman di dalam industri pelancongan sekurang-kurangnya 5 tahun, calon-calon ini masih boleh menduduki kursus setelah ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
2.Apakah proses untuk menjadi Pemandu Pelancong?
- · Berhubung dengan Institut Latihan Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Senarai Institut Latihan Pelancongan adalah seperti di senarai.
- · Hadir dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong selama 4 hingga 6 bulan.
- · Menduduki peperiksaan bertulis dan praktikal yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
- · Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan 30 hari bekerja selepas peperiksaan dijalankan.
- · Calon yang lulus Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong akan mendapat surat dan sijil daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Institut Latihan Pelancongan. Calon-calon ini dikehendaki menduduki Kursus Mesra Malaysia yang dikendalikan oleh Institut Latihan Pelancongan atau Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia.
- · Calon-calon yang berjaya perlu menghantar dokumen-dokumen seperti di bawah kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam masa 3 bulan selepas mendapat sijil Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:
- o Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong
- o Sijil Mesra Malaysia
- o Sijil Kemahiran Malaysia
- o 1 keping gambar berukuran passport
- o 1 salinan kad pengenalan
- o 1 salinan resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri
- o Surat akuan terperinci daripada mana-mana hospital kerajaan / pengamal perubatan berlesen.
- · Lesen Pemandu Pelancong tempoh percubaan akan dikeluarkan dalam masa 5 hari selepas penghantaran dokumen.
- · Pemandu Pelancong perlu menduduki Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam masa 2 tahun tempoh percubaan dan mendapatkan 3 sijil Continuous Tourism Related Education (CTRE) untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Tetap.
- · 6 sijil CTRE wajib diambil dalam masa 2 tahun untuk memperbaharui lesen Pemandu Pelancong.
No comments:
Post a Comment