Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa kita melancong ke luar negara. Sudah pastinya setiap orang ingin memastikan percutian mereka yang paling best tapi adakalanya akan berlaku juga kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dielakkan terutamanya bagi Muslim Travel atau Pelancong Muslim
Antara perkara yang penting dan perlu diingatkan oleh setiap Pelancong Muslim
1) Bag yang terlebih muatan (overpacking) – perlu diingatkan semasa kita bercuti atau melancong ke luar negara kita perlu bijak menyusun dan merancang pakaian mana yang sesuai untuk dibawa bersama. Dan pastikan ianya tidak terlalu banyak, kerana kita akan membeli pakaian atau barangan baru semasa bercuti di luar negara. Jadi elakkan membawa barang yang tidak perlu semasa anda bercuti ! Ini juga bagi mengelakkan bag anda terlebih muatan atau ‘excess baggage’.
2) Buat senarai barangan - sebelum bercuti anda perlu membuat senarai barang-barang keperluan asas yang akan dibawa. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes tertinggal barang ataupun terbawa barang yang tidak sepatutnya. Terutamanya bagi Pelancong Muslim barang kelengkapan untuk solat perlu dibawa bersama kerana setiap pakej percutian muslim biasanya akan dibawa melawat ke Masjid. Anda perlu pastikan kelengkapan asas Pelancong Muslim perlu dibawa dan tidak terlalu berat, seperti telekung, stokin, kompas dan sejadah kecil
3) Travel adapter, charger, handphone dan kamera penting sangat dan anda perlu pastikan ianya dibawa bersama jangan tertinggal. Anda juga perlu pastikan travel adapter itu mempunyai piawaian antarabangsa supaya ianya boleh digunakan di setiap negara yang akan dilawati.
4) Pastikan anda membawa kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti sepanjang anda bercuti ke luar negara. Contohnya pada musim sejuk, winter coat, boot, stokin yang tebal, snow cap dan glove perlu dibawa bersama.
5) Pastikan juga anda membawa ubat-ubatan yang biasa digunakan seperti Panadol, minyak angin ataupun supplemen yang biasa diambil. Ini bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga walaupun semasa bercuti di luar negara.
6) Pastikan anda telah menukar duit ringgit ke matawang yang akan digunakan semasa anda bercuti ke luar negara. Dan ingat bawa wang yang mencukupi agar tidak menyesal di kemudian hari !
7) Paling penting – Passport dan dokumen perjalanan yang lain seperti tiket, hotel voucher dan contact travel agent di sana perlu di print dan disimpan ditempat yang paling selamat. Anda boleh menyimpan dokumen-dokumen ini di dalam safe box di bilik hotel
8) Kunci Bag (Lock Bag) – Pastikan sebelom check in atau naik kapal terbang bag anda kena berada di dalam keadaan berkunci dan selamat ! Ini bagi mengelakkan berlaku kecurian bag semasa di airport atau di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang.
9) Bawa stroler atau wheel chair bagi yang membawa kanak-kanak kecil dan orang tua untuk kemudahan anda semasa berada di luar negara
10) Akhir sekali bagi Pelancong Muslim, anda boleh membawa makanan dari Malaysia seperti serunding, maggi, roti, biskut dan coklat sebagai makanan tambahan anda semasa bercuti ke luar negara !
Harap tips-tips di atas dapat membantu anda untuk membuat persiapan sebelum bercuti ke luar negara ! Selamat bercuti semua….
No comments:
Post a Comment