Pengembara Pelancong
Followers
Wednesday, 14 May 2014
Tuesday, 13 May 2014
Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa yang perlu dibuat Sebelum Bermusafir
Sebahagian daripada menjadi tua dengan berjaya (penuaan secara sihat) adalah untuk melakukan sesuatu yang anda gemar selagi tahap kesihatan mengizinkan. Melancong mungkin merupakan salah satu daripada kegemaran anda.
Perancangan yang teliti adalah penting untuk semua pelancong bagi memastikan kesihatan dan keselamatan terjamin semasa melancong. Berikut adalah petua untuk warga emas yang bercadang untuk melancong:
Petua am:
- Banyak agensi pelancongan yang menyediakan racangan melancong yang khusus untuk warga emas. Dapatkan maklumat daripada beberapa agensi untuk mencari satu agensi pelancongan yang paling sesuai bagi anda.
- Buat penyelidikan terhadap fasiliti kesihatan di tempat yang anda cadang untuk melancong.
- Dapatkan pelan insurans pelancongan yang merangkumi masalah perubatan yang sedia ada- sekiranya perlu
- Rancangan pelancongan yang disediakan oleh agensi pelancongan adalah lebih sesuai daripada merancang sendiri.
- Dapatkan maklumat penting mengenai cuaca, cara hidup dan bahasa yang digunakan di tempat yang anda bercadang untuk dikunjungi
- Sekiranya racangan melancong dibuat awal, buatlah persediaan meningkatkan kecerdasan fizikal anda dengan melakukan senaman.
Pemeriksaan perubatan sebelum melancong
Penyakit kronik yang stabil tidak sepatutnya menghalang anda daripada menikmati aktiviti melancong.
Pastikan:
- Dapatkan nasihat doktor anda untuk pemeriksaan perubatan. Jenis pemeriksaan yang diperlukan akan bergantung kepada masalah perubatan yang sedia ada. Sebagai contoh, selepas serangan sakit jantung, doktor anda perlu memastikan bahawa tidak ada lagi saluran darah atau otot jantung yang tidak stabil sebelum membenarkan anda melancong dengan selamat.
- Sesetengah penyakit atau ubat yang diambil, mungkin berinteraksi dengan pemakanan anda. Sebagai contoh, gejala penyakit kegagalan fungsi jantung (heart failure) akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat peningkatkan dari segi pengambilan garam. Seseorang yang mengambil ubat untuk “mencairkan” darah (seperti warfarin), perlulah menstabilkan pengambilan diet yang boleh menganggu metabolisma vitamin K.
- Sekiranya anda menghidap penyakit diabetes dan sedang melancong di tempat yang mempunyai zon masa yang berlainan daripada tempat asal anda, petukaran masa pengambilan ubat diabetes mungkin diperlukan. Alat mengukur paras gula sendiri dapat membantu anda untuk menyelaraskan petukaran masa pengambilan ubat dengan lebih selamat. Pengetahuan mengenai ubat-ubatan anda adalah penting (sesetengah ubat adalah sensitif dengan masa makanan diambil).
- Pengambilan ubat baru sejurus sebelum melancong adalah tidak disyorkan. Ini adalah kerana kemungkinan ubat baru ini tidak sesuai terhadap sistem badan anda. Sila beritahu doktor sekiranya anda bercadang untuk melancong.
- Pengambilan vaksin adalah penting sekiranya anda akan melancong ke sesuatu destinasi yang mempunyai risiko tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu. Sebagai contoh, vaksin meningococcal adalah disyorkan bagi mereka yang bercadang untuk menunaikan ibadat haji di Makkah (hyperlink to vaccination in elderly).
- Berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan.
- Anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal-pengamal perubatan lain yang anda biasa berjumpa (contoh: pakar optometri), sebelum anda bercadang untuk melancong.
Ubat-ubatan biasa untuk warga emas
- Ubat-ubatan yang sah disisi undang-undang Malaysia tidak semestinya dibenarkan di negara lain. Dapatkan nasihat kedutaan Malaysia di negara yang anda cadang untuk melancong sebelum anda sampai ke negara tersebut.
- Adalah dinasihatkan anda membawa ubat yang secukupnya untuk sepanjang masa melancong. Ubat- ubatan yang anda sedang ambil tidak semestinya senang dicari di negara lain. Dapatkan nasihat daripada doktor dan pegawai farmasi.
- Dapatkan surat rasmi daripada doktor anda (bertandatangan dan cop) yang menyatakan ubat-ubatan yang diambil adalah untuk merawat penyakit yang anda alami.
- Sekiranya perlu, dapatkan bantuan doktor anda untuk menyenaraikan ubat-ubatan tanpa preskripsi yang anda sedang mengalaminya.
- Ubat-ubatan yang dibeli di negara lain mungkin berbeza daripada ubat yang anda sedang gunakan (dari segi jenama dan proses penyedian ubat). Terdapat sesetengah ubat yang bertindak berbeza daripada satu jenama dengan jenama yang lain, walaupun bahan kimia aktif ubat tersebut adalah sama, contohnya, ubat gantian hormon tiroid.
- Sekiranya anda memerlukan jarum dan picagari untuk rawatan (seperti insulin untuk diabetes), pastikan anda membawa bekalan yang mencukupi untuk sepanjang tempoh melancong.
- Untuk sesetengah masalah perubatan tertentu, gelang atau rantai yang mengandungi maklumat perubatan yang diperlukan untuk masa kecemasan adalah penting. Dapatkan nasihat doktor sama ada anda memerlukannya. Ianya juga akan bergantung kepada jenis penggunaan bahasa di negara yang anda bercadang untuk melancong.
Bagasi anda
- Hanya bawa benda yang anda perlu sahaja. Elak daripada membeli terlalu banyak barang yang akan meningkatkan berat bagasi anda.
- Bawa bersama anda kesemua keperluan penting semasa berada di dalam bas atau kapal terbang. Elakkan daripada mendaftar masuk keperluan penting tadi ke dalam bagasi kapal terbang. Sebagai contoh, ubat-ubatan anda.
- Adalah penting untuk menyimpan sebahagian ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, gastrik dan pening di dalam beg yang dibawa bersama anda. Elakkan daripada menyimpan kesemua ubat-ubatan itu di dalam tempat menyimpan bas atau kapal terbang.
- Semasa melancong, anda akan lebih berkemungkinan besar terlupa mengambil ubat-ubatan anda. Ini adalah kerana anda tidak menjalani rutin kehidupan harian. Oleh itu, penggunaan kotak ubat yang diisikan ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut masa dan hari akan dapat membantu.
- Sekiranya anda memerlukan bantuan cermin mata untuk penglihatan, adalah disyorkan anda membawa cermin mata gentian.
- Bagasi yang mempunyai roda dapat membantu anda bergerak dengan lebih mudah
Siapakah yang dapat bantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik?
- Doktor anda
- Agensi pelancongan
- Agensi kapal terbang
- Kedutaan Malaysia
Kesilapan semasa melancong ke luar negara
Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa kita melancong ke luar negara. Sudah pastinya setiap orang ingin memastikan percutian mereka yang paling best tapi adakalanya akan berlaku juga kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dielakkan terutamanya bagi Muslim Travel atau Pelancong Muslim
Antara perkara yang penting dan perlu diingatkan oleh setiap Pelancong Muslim
1) Bag yang terlebih muatan (overpacking) – perlu diingatkan semasa kita bercuti atau melancong ke luar negara kita perlu bijak menyusun dan merancang pakaian mana yang sesuai untuk dibawa bersama. Dan pastikan ianya tidak terlalu banyak, kerana kita akan membeli pakaian atau barangan baru semasa bercuti di luar negara. Jadi elakkan membawa barang yang tidak perlu semasa anda bercuti ! Ini juga bagi mengelakkan bag anda terlebih muatan atau ‘excess baggage’.
2) Buat senarai barangan - sebelum bercuti anda perlu membuat senarai barang-barang keperluan asas yang akan dibawa. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes tertinggal barang ataupun terbawa barang yang tidak sepatutnya. Terutamanya bagi Pelancong Muslim barang kelengkapan untuk solat perlu dibawa bersama kerana setiap pakej percutian muslim biasanya akan dibawa melawat ke Masjid. Anda perlu pastikan kelengkapan asas Pelancong Muslim perlu dibawa dan tidak terlalu berat, seperti telekung, stokin, kompas dan sejadah kecil
3) Travel adapter, charger, handphone dan kamera penting sangat dan anda perlu pastikan ianya dibawa bersama jangan tertinggal. Anda juga perlu pastikan travel adapter itu mempunyai piawaian antarabangsa supaya ianya boleh digunakan di setiap negara yang akan dilawati.
4) Pastikan anda membawa kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti sepanjang anda bercuti ke luar negara. Contohnya pada musim sejuk, winter coat, boot, stokin yang tebal, snow cap dan glove perlu dibawa bersama.
5) Pastikan juga anda membawa ubat-ubatan yang biasa digunakan seperti Panadol, minyak angin ataupun supplemen yang biasa diambil. Ini bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga walaupun semasa bercuti di luar negara.
6) Pastikan anda telah menukar duit ringgit ke matawang yang akan digunakan semasa anda bercuti ke luar negara. Dan ingat bawa wang yang mencukupi agar tidak menyesal di kemudian hari !
7) Paling penting – Passport dan dokumen perjalanan yang lain seperti tiket, hotel voucher dan contact travel agent di sana perlu di print dan disimpan ditempat yang paling selamat. Anda boleh menyimpan dokumen-dokumen ini di dalam safe box di bilik hotel
8) Kunci Bag (Lock Bag) – Pastikan sebelom check in atau naik kapal terbang bag anda kena berada di dalam keadaan berkunci dan selamat ! Ini bagi mengelakkan berlaku kecurian bag semasa di airport atau di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang.
9) Bawa stroler atau wheel chair bagi yang membawa kanak-kanak kecil dan orang tua untuk kemudahan anda semasa berada di luar negara
10) Akhir sekali bagi Pelancong Muslim, anda boleh membawa makanan dari Malaysia seperti serunding, maggi, roti, biskut dan coklat sebagai makanan tambahan anda semasa bercuti ke luar negara !
Harap tips-tips di atas dapat membantu anda untuk membuat persiapan sebelum bercuti ke luar negara ! Selamat bercuti semua….
Friday, 9 May 2014
Pemandu Pelancong
1. Apakah kelayakan minima untuk menjadi Pemandu
Pelancong?
- · Tahap minima 6 subjek lulus termasuk Bahasa Malaysia di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- · Calon-calon yang mempunyai Sijil Malaysian Certificate of Education (MCE) sejak tahun 1978 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang Industri Pelancongan. Calon-calon ini perlu ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
- · Sijil, Diploma dan Ijazah yang diperolehi perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
- · Bagi calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan minima seperti di atas, tetapi memiliki pengalaman di dalam industri pelancongan sekurang-kurangnya 5 tahun, calon-calon ini masih boleh menduduki kursus setelah ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
2.Apakah proses untuk menjadi Pemandu Pelancong?
- · Berhubung dengan Institut Latihan Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Senarai Institut Latihan Pelancongan adalah seperti di senarai.
- · Hadir dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong selama 4 hingga 6 bulan.
- · Menduduki peperiksaan bertulis dan praktikal yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
- · Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan 30 hari bekerja selepas peperiksaan dijalankan.
- · Calon yang lulus Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong akan mendapat surat dan sijil daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Institut Latihan Pelancongan. Calon-calon ini dikehendaki menduduki Kursus Mesra Malaysia yang dikendalikan oleh Institut Latihan Pelancongan atau Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia.
- · Calon-calon yang berjaya perlu menghantar dokumen-dokumen seperti di bawah kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam masa 3 bulan selepas mendapat sijil Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:
- o Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong
- o Sijil Mesra Malaysia
- o Sijil Kemahiran Malaysia
- o 1 keping gambar berukuran passport
- o 1 salinan kad pengenalan
- o 1 salinan resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri
- o Surat akuan terperinci daripada mana-mana hospital kerajaan / pengamal perubatan berlesen.
- · Lesen Pemandu Pelancong tempoh percubaan akan dikeluarkan dalam masa 5 hari selepas penghantaran dokumen.
- · Pemandu Pelancong perlu menduduki Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam masa 2 tahun tempoh percubaan dan mendapatkan 3 sijil Continuous Tourism Related Education (CTRE) untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Tetap.
- · 6 sijil CTRE wajib diambil dalam masa 2 tahun untuk memperbaharui lesen Pemandu Pelancong.
Tuesday, 6 May 2014
NEGERI SEMBILAN
Gambar di atas ini ialah bendera Negeri Sembilan atau nama 'panjang'nya ialah Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan
*SELANGOR di utara
*PAHANG di timur
*JOHOR di tenggara
*MELAKA di selatan dan
*SELAT MELAKA di barat
Masyarakat Negeri Sembilan perantau asalnya orang Minangkabau,Sumatera Barat,Indonesia yang telah muncul sejak abad ke-14.Ibu negeri bagi Negeri Sembilan ialah Seremban,Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah,bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jempol dan Jelebu.
Di Negeri Sembilan juga terdapat pelbagai destinasi-destinasi yang menarik untuk melancong.Contoh yang pertama adalah:
Nama tempat ini ialah Gunung Telapa Buruk yang terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang.Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi lebih kurang 1193 meter (3913 kaki) dari aras laut.Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14".Di atas gunung ini juga terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom.Gunung Telapa Buruk ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp atas.Terdapat juga banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung ini juga sesuai untuk diterokai ataupun melakukan aktiviti seperti 'Jungle Trecking' kerana sesuai untuk menyihatkan tubuh badan.
Ini ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson.Kawasan perkelahan ini di panggil Port Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai ini juga popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutamanya pada hujung minggu.Pada waktu senjanya pula,kita dapat melihat matahari terbenam di balik laut.Tempat ini amat sesuai untuk sesiapa yang hendak 'honeymoon' kerana tempatnya amat indah dan menarik untuk dinikmati bersama yang tersayang.
Gambar di atas ini ialah Istana Lama Seri Menanti dimana ia juga terletak di Negeri Sembilan.Istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.
Melaka
MELAKA

Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.
Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.

Gambar di atas ini ialah A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".
Gambar seperti di atas ini pula ialah Beca Melaka yang terletak di Bandar Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini yang selalunya akan tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.
Gambar berikutnya pula ialah gambar sebuah menara yang dinamakan Menara Taming Sari.Menara ini terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan Dataran Pahlawan.Menara ini merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan juga dapat berputar 360 darjah bagi para pelawat melihat panorama Bandar Melaka.Menara ini merupakan menara berputar GYRO yang pertama di Malaysia.Kos untuk membina bangunan ini lebih kurang RM24 juta.Rekaan bentuk menara ini adalah berdasarkan Keris Taming Sari.
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Pasti anda tertanya-tanya dimanakah haiwan ini jika mereka semua berada di Melaka sedangkan Melaka itu ialah bandar,kan? Haa...Kalau anda semua nak tahu,haiwan-haiwan seperti ini terletak di Zoo Melaka.Zoo Melaka ialah sebuah taman yang luasnya lebih kurang 54 ekar.Boleh dikatakan haiwan yang berada di dalam zoo ini lebih daripada 1200 daripada 215 spesies haiwan.Zoo ini merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Zoo Negara Malaysia (Zoo Negara).
Bangunan apakah ini? Haa... inilah Bangunan Stadhuys.Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuys ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan.Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya.Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong.
Pastinya anda juga tertanya-tanya tempat apakah ini bukan? Ini ialah "JONKER STREET".
Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
Ini pula ialah Dataran Pahlawan yang terletak di Bandar Hilir.Dataran ini merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan pada 20 Februari 1956.Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang paling bersejarah di negara kita.Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.Dalam perhimpunan itu,beliau telah mengumumkan tarikh kemerdekaan di negara kita bakal berlangsung pada 10 Ogos 1957.Di bawah dataran ini pula terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall.Bertentangan dengan Dataran Pahlawan ini pula terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebuah dataran tersebut iaitu Hotel Equatorial Melaka.Di sini juga terdapat pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang,Golden Screen Cinemas.
Subscribe to:
Posts (Atom)